Tuesday, January 10, 2012

Beli Handphone Tapi Dapat Lesung Batu Pula...

Samsung Galaxy 'menjadi' lesung
JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya. Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM). Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.

“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit. Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.

“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

**Dulu pernah beli Samsung secara online. Nasib baik tak dapat lesung**

(Sumber: hmetro)

Bola Sepak Sebelah Kaki

Bola sepak bukan hanya untuk orang normal sahaja. Mereka yang kurang upaya juga boleh bermain sukan no. 1 di dunia ini, sepertimana yang diperlihatkan oleh golongan kurang upaya di Haiti ini. Perlawanan di bawah ini dilangsungkan sempena memperingati ulang tahun kejadian gempa bumi dahsyat di Haiti pada 12 Januari 2010 yang lalu.





Bola sepak bukan hanya untuk orang normal sahaja. Mereka yang kurang upaya juga boleh bermain sukan no. 1 di dunia ini, sepertimana yang diperlihatkan oleh golongan kurang upaya di Haiti ini. Perlawanan di bawah ini dilangsungkan sempena memperingati ulang tahun kejadian gempa bumi dahsyat di Haiti pada 12 Januari 2010 yang lalu.





Amalan Untuk Kita Semua

PETUA PENTING IMAM SYAFIE.

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (Student sekarang suka tengok blue)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam (Student perempuan suka makan)

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur (Student perempuan bercelak untuk ke kelas je)
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh (Ramai student suka tengok kononnya berani)
3. melihat kemaluan (Apatah lagi tengok bahan lucah..)
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka (student suka tidur macam ni)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lainagar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amalyang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal

Monday, December 26, 2011

Ingin Berhenti Kerja Dan Jadi Full Time IM?

Ingin Berhenti Kerja Dan Jadi Full Time IM?



Dalam post kali ini, saya ingin share tips, dan pengalaman saya berkenaan satu topik menarik, “Berhenti kerja, jadi full time IM!”.

Saya sendiri adalah seorang usahawan internet sepenuh masa sejak April 2010 yang lalu. Dari seorang usahawan internet separuh masa ketika masih bekerja di sektor awam, bertukar kepada usahawan internet sepenuh masa. Jadi, apa yang saya kongsikan dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan juga dari kajian dari sudut pandangan peribadi saya. Lain orang, lain perkongsiannya. Betul tak?

Sedikit sejarah dari saya. Saya memulakan perniagaan internet ni secara part time pada Dis 2008 sehinggalah pada April 2010 saya menjadi usahawan internet sepenuh masa.

Sebelum anda ingin menjadi usahawan internet sepenuh masa, cuba anda tanya diri anda – MENGAPA ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN INTERNET SEPENUH MASA?

- Adakah anda memang minat sepenuhnya dengan perniagaan internet?
- Adakah anda ingin meluaskan perniagaan internet yang telah anda jalankan secara part time sebelum ini?
- Adakah anda sememangnya seorang lulusan universiti dan memang masih tidak memiliki pekerjaan?
- Adakah anda ingin bergelar usahawan internet seenuh masa kerana sekadar ingin mengikut orang lain? Anda berkata orang lain boleh buat, aku juga boleh buat!
- Anda baru bersara dari kerja makan gaji, dan anda inginkan anda boleh menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan dari rumah saja? Lebih rileks, tak perlu keluar rumah, lebih banyak masa berehat…

Dan buat yang masih bekerja, yang ingin berhenti kerja, cuba tanyakan soalan ini pada diri anda – MENGAPA ANDA NAK BERHENTI BEKERJA?

- Adakah anda memang tak suka pada kerja semasa anda? Tak suka bos, tak suka kena kerah, tak suka cuti sedikit, tak suka gaji rendah..
- Adakah income part time perniagaan internet anda melebihi gaji yang anda terima? Gaji RM2000, income part time RM5000?
- Anda ada perancangan besar untuk kembangkan perniagaan internet anda?

Bagaimana? Dah tanyakan soalan- soalan di atas pada diri anda sendiri? Jika sudah, tahniah saya ucapkan. Apapun jawapan anda, hanya anda sendiri yang mengetahuinya…

Simpan jawapan anda, dan teruskan bacaan di bawah.

Kini, tiba masanya saya kongsikan tips peribadi dari saya buat anda sekiranya anda bercadang ingin berhenti berkerja dan menjadin usahawan internet sepenuh masa.

1- Langsaikan hutang-hutang yang menjadi bebanan buat anda terutamanya hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang PTPTN, hutang kereta. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan ni memang tak dapat lari dari hutang, tapi hutang-hutang sebegini perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum anda berhenti kerja! Bukan apa, untung berniaga internet seperti juga perniagaan biasa, ada kalanya untung ada kalanya rugi. ( tapi dalam bisnes internet, kalau rugi pun tak besar..hehehe) Bila tiada hutang sebegini, anda boleh menjalankan perniagaan internet anda dengan tenang tanpa pening memikirkan masalah-masalah hutang. Dan juga nasihat dari saya, JANGAN BERHUTANG ketika mahu memulakan perniagaan internet secara full time!

2-Membuat pelaburan awal juga sangat digalakkan sebelum anda menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa. Pelaburan bagaimana? Iaitu pelaburan yang mampu memberi pulangan yang baik untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Sebagai contoh, pelaburan ASB sesuai untuk anda yang mana ianya memberi pulangan lebih kurang 8% setahun. Pelaburan emas antara pelaburan yang paling selamat di mana nilai pelaburan anda dilindungi dari inflasi. Nilai matawang akan jatuh dari masa ke semasa, selari dengan peedaran zaman dan inflasi, tapi nilai emas semakin meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, pelaburan perak atau pelaburan silver juga boleh diceburi untuk tujuan insuran pelaburan anda. (silver lebih murah dari emas, tapi kenaikan harganya selari dengan kenaikan emas). Dan jika anda ada membeli hartanah, ianya satu bonus untuk anda! Ianya satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang, lebih-lebih lagi jika hartanah anda memberikan “duit pasif” apabila ianya disewakan. Apapun, anda perlu memiliki ilmu dalam apa jua pelaburan yang anda ceburi.

3- Memiliki RESERVE FUND untuk tempoh masa 2 tahun. Ini bermakna, anda perlu memiliki “duit belanja” untuk 24 bulan sekiranya anda langsung tidak menjana sebarang pendapatan selama 2 tahun. Contohnya, jika duit belanja (sewa rumah, kereta, duit dapur, perubatan, dsbnya) anda ketika makan gaji sebanyak RM3k, anda darabkannya dengan 24 bulan! RM3k x 24 bulan = RM72k..RM72k untuk menampung hidup anda selama 2 tahun jika anda langsung tiada income! Tak silap saya, dalam buku Azizi Ali RESERVE FUND yang dicadangkan buat mereka yang berkerja sendiri adalah 1 tahun, iaitu 12 bulan. Tapi dalam perniagaan internet, saya syorkan anda menyediakan RESERVE FUND untuk 24 bulan. Mengapa? Sebab sifu saya dulu, SHUTH menasihatkannya sebegitu. Lebih banyak kan lebih baik!

4-Ambil polisi insurans untuk diri anda, dan juga keluarga anda! Ini sangat penting untuk melindungi diri dan keluarga anda apabila berlaku kemalangan,sakit kritikal ataupun kematian. Dengan insurans, ianya mampu membantu anda hidup lebih mudah. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan perbelanjaan perubatan yang tinggi. Polisi insurans akan membayarkannya untuk anda…Dengan itu, ianya tidak menyusahkan anda dan juga keluarga anda. Antara yang paling ramai orang ambil sekarang ini, adalah PRUDENTIAL TAKAFUL BSN yang mana ianya ada menyediakan medical card.

5- Memiliki “harta” dalam perniagaan internet yang anda miliki SEKARANG. ( semasa). Saya senaraikan 7 “harta” yang perlu anda miliki sebagai persiapan sebelum berhenti kerja.

1)Memiliki ilmu(I), kemahiran (K), dan pengalaman (P) dalam perniagaan internet yang diceburi. Ini harta pertama yang perlu anda miliki. Hanya dengan IKP ini, ianya bakal menentukan halatuju perniagaan internet yang anda jalankan. Dengan ilmu, anda dapat jalankan perniagaan internet dengan baik dan lancar. Dengan kemahiran yang dimiliki, ianya membantu mempercepatkan perjalanan bisnes di mana ianya bakal menjimatkan masa, tenaga dan juga kos. Dengan pengalaman yang ada pula, ianya membantu anda menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang bakal timbul ketika menjalankan perniagaan secara sepenuh masa nanti. Dengan ada IKP ini anda akan tahu ” APA YANG NAK DIBUAT!”
2) Memiliki database prospek, pelanggan, jv. Bagaimana? Dalam menjalankan perniagaan internet sepenuh masa, adalah sangat penting untuk anda memiliki mailing list(senarai emel sah, bukan beli dari pihak bertanggungjawab), follower di blog, fans di fanpage dll. Apa yang paling penting adalah mailing list (senarai emel). Dengan database inilah ianya akan membantu anda mendapatkan pelanggan dengan mudah, cepat dan efektif. Anda tiada sebab untuk tidak MEMBUAT DUIT apabila sudah memiliki ASET paling bernilai ini. Kalau tidak memiliki database ini, anda akan membazirkan banyak masa, usaha, wang ringgit untuk mendapatkan jualan produk anda nanti.
3) Web yang sentiasa memberikan INCOME! Iaitu web yang sudah tersedia beroperasi yang mana pelanggan hadir setiap hari tanpa anda mencari mereka. Setiap hari, ada saja pelanggan yang membeli dari laman web anda! Ini boleh dikatakan AUTO/SEPARA AUTO INCOME atau PASIF/SEPARA PASIF INCOME. Contohnya, anda memiliki web jualan produk yang telah anda bina beberapa tahun yang lepas. Sehingga kini, ianya terus menghasilkan jualan/income hasil kerja-kerja awal dahulu seperti Search Engine Optimization, rekrut affiliate, kerjasama JV, usaha pemasaran, penjenamaan yang anda pernah lakukan sebelum ini. Buat kerja sekali iaitu di awal pembinaannya atau lakukan kemaskini sekali sekala, tapi terus menghasilkan pendapatan. Contoh-contoh web seperti ini adalah seperti web jualan produk, blog, landing page, forum, fanpage. Income yang diperolehi mungkin dari jualan produk anda sendiri, komisen affiliate, bayaran servis anda, langganan keahlian dll.
4) Multiple source of income! Anda memiliki bukan hanya satu saja sumber pendapatan perniagaan, tapi lebih dari itu. Saya cadangkan ianya lebih dari 3. Mungkin anda memiliki 3 web jualan ebook yang sentiasa memberikan income, anda menjalankan pemasaran affiliate, anda menjana komisen berulang (recurring income) dari hasil promosi servis atau produk langganan secara bulanan, anda menjual produk fizikal, anda sebagai tokey dalam dropshipper, anda menjalankan seminar, program latihan atau sebagainya. Yang penting, anda tidak boleh bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja. Pelbagaikan sumber pendapatan anda!
5) Memiliki kredibiliti dalam perniagaan yang anda jalankan. Orang lebih mengenali anda, lebih percaya dan lebih yakin pada anda, semakin berkembang perniagaan anda. Orang lebih mudah membeli jika mereka kenal anda! Jadi, bina kredibiliti anda dan perniagaan anda dengan baik. Apabila sudah memiliki kredibiliti, jaga kredibiliti itu sebaik-baiknya.
6) Perniagaan autopilot dan viral! Autopilotkan dan Viralkan perniagaan anda. Jika anda memiliki web yang telah diautomasikan, yang diviralkan ianya memang mampu membuatkan anda kerja sambil bergoyang kaki! Bukan saja web di autopilotkan dan diviralkan, tapi kempen promosi dan pemasaran juga turut terlibat. Ini adalah kelebihan perniagaan internet. Contohnya, laman web anda dipasang autoresponder untuk mendapatkan pelanggan tanpa anda perlu memantaunya. Anda juga boleh memasang skrip viral seperti FB Comment, FB share, FB Like, Tweet dan sebagainya bagi membolehkan web anda disebarkan tanpa anda sendiri menyedarinya. Itu adalah sebahagian daripada automasi dan viral yang boleh anda lakukan. Terdapat banyak teknik lagi yang boleh anda lakukan.
7) Miliki network yang luas! Ini termasuklah rakan JV, agen affiliate, supplier, dan lain-lain. Sepanjang pengalaman saya, JV dan agen affiliate merupakan yang paling utama. Dengan adanya mereka, jualan produk anda mampu meningkat berkali-kali ganda berbanding jika anda melakukannya seorang diri. Selain itu, dengan adanya network yang luas ini, anda berpeluang untuk menambahkan sahabat yang berada dalam bidang yang sama, menambahkan peluang-peluang keuntungan yang baru, pertambahan dan perkongsian kepakaran, ilmu dan kemahiran yang mana kesemuanya memberikan kelebihan bagi semua yang terlibat.

Sebagai Kesimpulan pada poin ke5 ini, suka saya syorkan anda untuk memiliki 7 “harta” penting ini yang mana ianya merupakan aset untuk jangka masa panjang perniagaan internet anda. Jadi, fikir-fikirkanlah…

6- Pelan perancangan perniagaan untuk 5 tahun. Apa yang akan anda buat untuk jangka masa 5 tahun perniagaan internet anda selepas anda berhenti kerja nanti? Pecahkan pelan perniagaan anda untuk setiap tahun, setiap bulan. Anda perlu jelas – apakah yang akan anda lakukan untuk perniagaan internet anda. Rancang dengan jelas supaya hala tujunya dapat dicapai. GAGAL MERANCANG, GAGAL SEGALANYA! Perancangan inilah yang akan akan memandu anda dalam bisnes anda nanti. Sebagai contoh, tahun pertama anda fokus pada perniagaan utama anda dari segi pengukuhan penjenamaan, customer service, customer satisfaction. Tahun kedua, anda kembangkan perniagaan anda dengan penambahan produk baru, penambahan cawangan baru, penambahan projek baru dll. Tahun ketiga, anda mensasarkan projek-projek berkeuntungan tinggi. Tahun keempat, tahun kelima…

7- Seterusnya, sebelum anda berhenti kerja dan menjadi full time IM, adalah sangat dicadangkan anda memiliki penasihat, mentor yang mampu membimbing anda, yang menjadi tempat rujukan anda yang mana ilmu, kepakaran, pengalaman, nasihat mereka mampu membantu anda ketika menjalankan bisnes ini. Mungkin penasihat atau mentor tersebut adalah sahabat anda sendiri, guru anda, ibu bapa anda ataupun pasangan anda sendiri. Dengan kehadiran mereka, ianya mampu menyuntik inspirasi dan motivasi dalam diri anda demi misi mencapai kejayaan dalam perniagaan internet. Seperti saya sendiri, penasihat saya secara tidak rasmi adalah Tuan Shuth, Tuan Zamri Nanyan, Patric Chan, sahabat saya dan juga isteri saya sendiri. Mereka banyak membantu saya dalam perniagaan internet ini..nak berhenti kerja pun, saya tanya nasihat mereka terlebih dahulu!

8) Perbincangan dengan keluarga. Memang sangat penting untuk anda berbincang dengan ahli keluarga anda terlebih dahulu. Nyatakan hasrat anda untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa kepada mereka! Cuba yakinkan mereka, fahamkan mereka dengan apa yang anda ingin lakukan. Tapi awas…Seringkali hasrat anda akan wujud tentangan dari ahli keluarga sendiri terutamanya dari ibu bapa dan juga pasangan anda. Lebih-lebih lagi jika anda sudah selesa makan gaji, seperti saya dahulu di sektor awam…jadi, bincang elok -elok..Minta mereka beri sokongan pada anda. Satu rahsia – dulu masa saya nak berhenti kerja, saya ditentang oleh isteri saya. Tapi saya berhenti secara diam-diam tanpa seorang pun ahli keluarga saya ketahuinya. Setiap hari saya terpaksa menyamar pergi kerja (pakai baju pejabat). Tapi bila sampai di area ofis, saya terus ke restoran untuk melayari internet ( buat kerja). Sehinggalah beberapa bulan, akhirnya saya kantoi juga. Awal-awal, isteri tidak dapat terima juga, tapi selepas seminggu, beliau dapat menerimanya. Kini, beliau adalah PENYOKONG NO 1 saya. Terharu rasanya..huhuhuhu

9) Sediakan diri dengan kekuatan dalaman yang secukupnya. Apabila anda berhenti kerja, menjadi usahawan internet sepenuh masa, kehidupan anda adalah berbeza dari sebelum ini, makan gaji! Anda tidak seperti sebelum ini, tunggu cukup bulan, anda dapat gaji. Selepas ini, anda perlu bekerja keras untuk perniagaan anda. Di bawah saya kongsikan kepada anda antara kekuatan yang anda perlukan.


1)Daya motivasi yang tinggi untuk menjalankan perniagaan anda. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi lembu, tapi daya motivasi yang berterusan yang mana ianya akan memaksa anda berusaha sebaik mungkin untuk bisnes anda. Sangat digalakkan anda membaca buku-buku motivasi, pergi seminar motivasi dan apa saja yang berkaitan dengan motivasi demi untuk menyuntik motivasi diri yang kuat dalam diri anda.

2) inspirasi dari mereka yang telah berjaya. Anda jadikan orang yang berjaya dalam bidang anda sebagai role model anda. Lebih baik jika anda dapat berguru dengan mereka, atau sebagai mentor kepada anda. Kejayaan mereka akan membakar semangat anda untuk berjaya seperti mereka juga.
3) Berani gagal patut diterapkan dalam jiwa anda. Jangan sesekali takut untuk gagal. Jika anda membaca buku dari Billi Lim, anda akan lebih memahami prinsip BERANI GAGAL ini dengan lebih mendalam. Saya sangat syorkannya! Dengan kekuatan ini, ianya mampu membantu anda bangkit dari kegagalan nanti dan ianya juga mampu membantu anda menerokai peluang-peluang yang lebih besar yang tidak dicapai leh orang lain.
4) Berani tanggung risiko. Risiko memang sentiasa wujud dalam perniagaan. Risiko kerugian, risiko tidak diterima, risiko masalah teknikal dan sebagainya. Sebelum melakukan sesuatu, adalah sebaiknya mengkaji risiko-risiko yang bakal muncul. Dan lihat, samada anda sanggup menghadapi risiko tersebut?
5) Tidak mudah berputus asa. NEVER GIVE UP! Jangan sesekali anda berputus asa apabila apa yang anda rancangkan tidak mencapai sasarannya ataupun menyebabkan kerugian. Jadikan halangan dan cabaran yang anda lalui sebagai ujian untuk mencapai kejayaan. Teruskan berusaha sehingga berjaya.
6) Bekerja keras. Ianya adalah wajib! Semua insan yang berjaya perlu berkerja keras. Anda perlu berusaha keras untuk menjalankan pemasaran, menghasilkan produk, mengembangkan perniagaan, melayan pelanggan dan sebagainya. Bekerja keras bagi mencapai apa yang diimpikan. Dalam perniagaan internet ini, bekerja keras ini adalah untuk mendapatkan hasil dengan lebih mudah.Kerja keras sekali, hasilnya berterusan….

Begitulah 6 kekuatan dalaman yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang ingin berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Ada keenam-enam ini, barulah POWERRRR…

10) Akhir sekali, apa yang perlu anda buat sebelum berhenti kerja untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa adalah dengan memohon petunjuK dari ALLAH. Anda sudah merancang dan memikirkan yang terbaik untuk diri anda, dan seterusnya anda minta petunjuk darinya. Buat solat istiqarah, dan insyallah anda akan ditunjukkan jalan yang terbaik buat anda. Dan saya jamin anda akan lebih tenang selepas solat ini. Dulu, saya solat istiqarah ini sebelum tidur dan juga selepas subuh. Alhamdulillah, saya telah memilih untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa hasil petunjuk yang diberikan oleh ALLAH.

Itulah perkongsian dari saya, yang mana terdapat 10 perkara yang perlu anda lihat terlebih dahulu sebelum anda berhenti bekerja untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa. Walaupun ia ya perkongsian peribadi dari saya, insyallah sedikit sebanyak memberi idea kepada anda sekirsnys snds memilih untuk berhenti kerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa.

Sebagai kesimpulan dari saya, anda perlu jadi diri anda sendiri! Tanya diri anda sendiri, adakah anda sudah bersedia untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa dan berhenti kerja? Pilih yang terbaik untuk diri anda dan juga keluarga anda. Ingat – ” KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN”. Dan usah takut untuk menjadi usahawan internet sepenuh masa kerana Nabi kita pernah bersabda – 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Dapatkan ilmu, pengalaman dahulu sebelum anda menjalankan perniagaan internet sepenuh masa. Fakta ada mengatakan 9/10 gagal dalam perniagaan! Tapi jika jika anda ada ilmu, pengalaman, kekuatan, insyallah anda tidak tergolong dari 9/10 mereka yang gagal ini. Jika belum bersedia secara full time, teruskan secara part time. Teruskan berusaha, dapatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Apabila benar-benar sudah bersedia, mari sertai saya sebagai salah seorang usahawan internet sepenuh masa.

Wednesday, November 30, 2011

Nak Tau Tak?

sejak semalam aku rasa down sangat....kenapa aku rasa down...jom aku cerita....biasa la sekarang ni dah hujung tahun.....banyak company yang tengah buat appraisal untuk bonus dan kenaikan gaji....semalam dua orang pihak atasan aku di 'appraisal'. yang appraisal pulak mak tiri dari company bapak kitaorang.....ok aku faham...nak telus katanya...ok...

tapi ada satu perkara yang aku tak berkenan....exec aku boleh cerita plak pasal seorang officer ni ....kononnya budak ni ada attitute problem, dia tak bergaul, buat kerja sendiri, n yang paling best exec aku tak suka cara kerja dia....siap cakap dia(exec) bagi permata, jangan bagi dia sampah balik. konon kerja yang si exec tu buat gempak gila.....aku sedih gila...kenapa plak sesama melayu ko buat macam tu....hati perasaan ko tak der sekelumit simpati ker....budak ni dah dua kali renew contact....nasib dia kira dah dihujung tanduk jer...mak tiri kata.... kami otengah decide pasal awak.samada untuk sambung contract,serap atau nak terminate awak....kalu aku kena macam tu aku memang menangis...apa punya kejam .....tak der perasaan tul....

sedih bila penat lelah kita orang tak hargai....masa aku masuk kerja dulu..aku pun kena teruk ngan exec tu...tapi aku redha....coz aku fikir aku nak cari rezki untuk anak.....alhamdullilah...tak lama pas tu dorang nampak yang aku boleh wat kerja (cewah, perasan plak).jadi kurang la dia ganggu aku....sekarang budak tu jadi mangsa......aku kesian nak tolong pun apa jawatan aku....yang aku boleh tolong cuma bagi nasihat pada dia jer....

aku memang sedih tengak bila orang berbalah sesama sendiri ni...sedih sangat...

Tuesday, November 22, 2011

BOwling.....kerja gila

bowling.jpg

Semalam tak tahu apa yang merasuk aku.....sampai 6 games aku main. YA ALLAH, penat giler.....sampai nak terjatuh peranakan aku....training untuk tournament hari Sabtu ni....Patah riuk pinggang ku..nak relai satu badan rasanya.....penat tak terkira..

Tak kisah la...semangat kesukanan punya pasal...aku redah jer...hehhehe....kelakar betul...flat tak ingat.....kalu ada bantal ngan tilam confirm aku zzzzzzzzz......tapi yang kelakar ngan tak senonohnya dah tau penat macam tu...boleh plak aku layan transformer nagan laki aku....memang tak sedar diri betul aku ni.....

Resultnya aku nyaris terlambat tadi.....gila betul...tak pernah dibuat aku..anak aku yang nak dihantar umah babysitter tadi boleh tak mandi ngan tak berseluar...kelakar betul...lain kali tak boleh buat macam tu la.....habis...lambat...semua kerja tak menjadi....macam mana nak jadi ibu yang mithali kan....

Doakan aku tak memalukan diri sendiri hujung minggu ni yer...jenuh training seminggu ni....harap2 berbaloi la usaha aku berlatih....hehhehe...malu giler kan....tapi layan jer la..mana tau pas ni aku dah tak jadi wakil for company lagi kan.....yang penting tu semua part of pengalaman hidup aku... :)

Teruskan berusaha bersungguh-sungguh izan.......

You can do iT


p/s : entah apa aku mengarut pagi ni.....hehehhe

Mengatasi Kemarahan

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang
dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah
menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]
HURAIAN
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah
ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang........

10 Pernikahan tersingkat di HOLLYWOOD

Berita tentang perceraian Kim Kardashian dengan Kris Humphries baru-baru ini ternyaa mendapat sorotan yang sangat heboh, betapa tidak, pernikahan mereka baru berumur 71 hari alias belum genap 3 bulan. Hal ini makin menambah image bahwa kasus kawin-cerai di kalangan Selebritis Hollywood sudah menjadi hal yang biasa.

Tapi, mohon lupakan sejenak tentang cerainya Kim Kardashian di usia pernikahanya yang baru 72 hari, kenapa? karena masih banyak pernikahan selebritis hollywood lainya yang juga tak kalah singkat.

Berikut ini adalah daftar 10 pernikahan tersingkat selebritis Hollywood :

10. Colin Farrell dan Amelia Warner, 120 hari

Colin Farrell and Amelia Warner

9. Renee Zellweger dan Kenny Chesney, 113 hari

Renee Zellweger and Kenny Chesney

8. Nicolas Cage dan Lisa Marie Presley, 105 hari

Nicolas Cage and Lisa Marie Presley

7. Kim Kardashian dan Kris Humphries, 72 hari

Kim Kardashian and Kris Humphries

6. Chris Kattan dan Sunshine Tutt, 42 hari

Chris Kattan and Sunshine Tutt

5. Drew Barrymore dan Jeremy Thomas, 32 hari

Drew Barrymore and Jeremy Thomas

4. Ethel Merman dan Ernest Borgnine, 32 hari

Ethel Merman and Ernest Borgnine

3. Eddie Murphy dan Tracey E. Edmonds, 14 hari

Eddie Murphy and Tracey E. Edmonds

2. Dennis Hopper dan Michelle Phillips, 8 hari

Dennis Hopper and Michelle Phillips

1. Zsa Zsa Gabor dan Felipe de Alba, 1 hari

Zsa Zsa Gabor and Felipe de Alba

MAKSUD BACAAN DI DALAM SOLAT

Ramai orang yang menunaikan solat tapi adakah mereka benar- benar khusyuk dalam solat? Khusyuk dalam solat merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan tapi boleh juga menjadi perkara yang mudah untuk dilakukan jika tahu tips dan cara yang boleh diamalkan untuk mencapai khusyuk dalam solat.


Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai khusyuk dalam solat. Salah satu daripadanya adalah dengan mengetahui setiap maksud bacaan dalam solat..

Satu kajian yang telah dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah menemukan satu jawapan yang sungguh menggerunkan kita sebagai umat Islam. Daripada 10 responden, hanya 2 responden sahaja yang mengetahui maksud surah Al- Fatihah. Sungguh menakutkan..

Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati maksud setiap bacaan dalam solat kita, semoga beroleh manfaat.

Takbiratul-Ihram

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2011/11/maksud-bacaan-di-dalam-solat.html#ixzz1ddjCSnHp

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."