Sunday, January 11, 2009

1st time

semua orang ada pengalaman 'first time'.kalau kita ingat balik, menda ni kita dah lalui sejak dari kecil lagi. First time dapat makan aiskrim,first time merasakan kelazatan coklat, first time merasakan kesakitan jatuh, first time merasakan keasyikan cinta dan banyak lagi first time lain yang kita lalui. malah kita akan terus melalui first time yang lain selagi hayat dikandung badan.first time ni kita akan dapat rasa selagi kita penuh dengan rasa ingin tahu dan ingin mencuba.
kenapa cerita pasal first time. sebabnya aku nak bagi tahu yang ini merupakan first time aku membuat blog.sebelum ni aku tak penah terfikir langsung nak buat semua menda ni.aku bukanlah orang yang celik it.banyak yang aku tak tahu.membuat blog ni idea dari kawan ku.aku sebenarnya baru jer berhenti kerja kerana ingin menjaga anak...nak jadi surirumah sepenuh masa konon.sebenarnya aku berhenti kerja kerana waktu kerja yang terlalu panjang.my hubby pulak waktu kerjanya tak menentu.kesian pulak dengan my baby yang ada mummy and daddy sibuk sentiasa. so aku buat keputusan untuk berhenti kerja.lagipun baby ni cepat membesar. kalau boleh aku tak mahu miss first time yang berlaku pada anak aku.heheh...first time gelak,first time merangkak,berjalan dan first time lain lah.
begitulah alkisahnya untuk first time kali ini.aku juga rasa teruja bagi menanti first time yang bakal mendatang.kita nantikanlah bersama-sama kesinambungan first time yang bakal berlaku.

1 comment:

  1. welcome to the blogspot myfriends

    ko da benti keje kerk
    komen2 la aku nyer blog yerk

    ReplyDelete